Thursday, August 26, 2010

Childhood Memory

Bila terkenang mesti rindu. lebih² lagi di bulan puasa ni. teringat masa kami sume masih kecik, hidup di bawah satu bumbung. masa mak ayah belum bercerai. walaupown tak mewah, tapi cukup lah untuk makan pakai kami adik-beradik.

Bulan puasa, bulan yang banyak kenangan bagi aku. macam² cerita, macam² kisah.

Paling yang aku ingat time bangun bersahur. pagi² buta tu mesti dengar suara mak menjerit² kejut kami bangun :D. dengan muka mamai, bukak mata pown malas n kadang² nak basuh muka pown malas sebab nanti dah tak rasa ngantuk bila nak sambung tido. haha. giler sengal la time tu. tapi oleh kerana aku ni sorang je perempuan dalam adik-beradik, agak jadi mangsa pembulian sikit la di situ. lepas makan mesti aku yang kena cuci sume pinggan mangkuk. dah duk main air camtu mesti la mata dah tak ngantuk. stresss..

Time berbuka plak, kena tolong mak masak sedangkan yang lain sedang asyik menonton. bila aku suarakan rasa tak puas hati, mesti mak cakap "Kau lelaki ke perempuan?". stresssss lagi. tapi mak tak pernah suruh aku masak pown, tolong kacau² jer. sebab tu sampai besar aku tak pandai masak :D

Selalu duk ngomel, apesal aku sorang jer perempuan?? bila mak mengandung lagi, duk la berharap dapat adik sejantina. bila makcik aku call dari hospital, soalan pertama aku "Su, laki ke pompuan?". makcik aku jawab, "Lelaki". "Hmmmmmm". agak hampa di situ T___T. oleh kerana kami memang terlampau excited nak dapatkan seorang lagi puteri dalam family, adik yang last tu pown muka sebijik macam perempuan. gi mana² mesti orang ingat perempuan. naseb baik tak PATAH. haha.

Dulu mak pembuat kerepek. ada kerepek ubi masin, ubi pedas, kerepek pisang, kacang pedas dengan ikan bilis. mak buat, banyak hantar dekat kedai. 1 paket 20sen. untuk setiap RM1, tuan kedai dapat komisen 20sen. berapa sangat la yang kami dapat lepas tu kan? biasa la orang meniaga, semua nak untung.

Pagi² time cuti sekolah, mesti sume kena paksa bangun pagi² buta, tolong mak kupas kulit pisang ngan ubi. nak wat kerepek pisang kena guna pisang yang lum masak. so nak kupas kulit dia tak senang macam pisang yang dah masak. tercongok la dekat bilik air tu sume dengan muka sememeh baru bangun tido. merungut tu biasalah kan. bila ingat balik, susahnya mak nak bagi kami makan masa tu :'). menyesal sebab asyik merungut!

Tak cukup hantar dekat kedai, aku bawak ke sekolah, jual. penuh satu bakul basikal dengan kerepek jer. sekali bawak bukan sikit. banyak tau sampai penuh bakul. kerepek mak memang sedap. cukup rasa. jarang tak habis bila jual dekat sekolah. orang selalu datang beli time rehat. tapi duit selalu tak cukup. ada orang ambik kadang² tak bayar. kadang² hutang tapi sampai sudah tak bayar. aku ni baik sangat kot. takpelah aku dah halalkan sume tu. budak² la katakan! ;)

Tapi ada satu memori yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. masa tu cikgu tengah mengajar, subjek Bahasa Melayu kalau tak silap aku. tetiba ada orang ketuk pintu kelas aku, "Cikgu saya nak jumpa Maisarah". "Nak buat apa?", cikgu aku tanya. "Nak beli kerepek". mak aihhhh korang!! pesal tak beli time rehat jer?? malu tak hengat aku masa tu. tapi dalam masa sama bangga la jugak. glemer ooo kerepek mak aku! muahaha.

Tapi sekarang mak dah pencen buat sume tu. suruh buat pown dah malas. "Mak nanti mak buat kerepek eh, boleh bagi dekat orang time kenduri nanti". "Ala beli jer lah!". ha tengok. mak aku dah demand sekarang! haha.

Masa kecik, kami sume ada nama samaran.
  1. Zamani (abg long) - Panjang. sebab dia tersangatlah tinggi n kurus panjang.
  2. Mohd Nazrin (abg ngah) - Mat Jering. kejam tak? haha.
  3. Siti Maisarah (aku la tu) - Mek Tok. aku tak suka nama ni!!!! bila orang panggil rasa macam nak lempang laju² T___T
  4. Ahmad Marzuqi (mat) - Tituk. ???? mana ayah aku dapat ni?
  5. Mohd Ariff (ariff) - Pendek. sebab masa kecik dia pendek. ayah aku kejam. haha
  6. Muhamad Adib (adik) - yang ni tak sempat nak letak. ayah aku dah hilang bisa kot :D

Ayah aku memang kreatif. selalu kena marah dengan mak. "Dah bagi nama elok² dalam surat-beranak, gi panggil macam tu kenapa". tapi kami terpaksa redha. muahahaha. 

Kami sume 6 beradik, aku no 3. adik kami yang bongsu jer beranak dekat hospital, kami yang lain sume beranak atas tikar mengkuang :D. yang bongsu tu pown sebab kena paksa gi hospital. kalo tak dia tak maunya! adik kami yang last ni degil, susah nak keluar. sume orang kata, bila dah besar nanti mesti keras kepala. tapi aku tengok, antara ramai² dia la yang paling dengar cakap. maybe sebab adik kot, TERPAKSA ikut. haha. baru² ni aku call dia, dengar suara lain, agak garau. aku tanya, "Adik dah baligh ke?". punya la straight to the point soklan aku. haha. "Mana boleh bagitau, privacy!". hambik kau. ala, dia dah besar ;). kadang² masih anggap dia adik yang masih kecik yang paling manja dengan aku. mak kerja siang malam and most of all the time, aku yang jaga adik. childhood memory :)

Masa kecik, kami sume tak inject macam kanak² lain. ala yang kena cucuk bulan² tu. ubat tu la ubat ni la. mak ngan ayah aku dua² tak suka bawak kami gi cucuk. katanya kesian dekat budak², menangis sampai demam lepas kena cucuk tu nanti. so bila dah besar, masuk sekolah, mesti sume kena cucuk lebih banyak pada orang lain. qhada' balik! takpe masa tu dah besar. tak nangis dah. tapi kan aku pernah pengsan sebab takut nak kena cucuk. muahahahahahaha.

Dulu duit belanja mak bagi 30sen jer. bila dah besar sket n dah stabil sikit, mak bagi RM1. masuk sekolah menengah dapat RM2. sukanya masa tu! tengok kawan² beli pen kaler². nak beli tak mampu sebab sebatang dah RM2. sama dengan duit belanja sekolah dah. teringin sangat nak beli. pastu bodek mak, "Mak nanti T nak duit belanja untuk seminggu terus boleh? lepas tu mak tak payah bagi lagi la untuk seminggu tu". dapat duit terus bagi dekat kawan mintak tolong belikan 5 batang. ha giler tamak tak. haha. pastu gi sekolah dah takde duit belanja. pen kaler² punya pasal. tapi mak kesian tengok, dia bagi jugak duit lain. terima kasih mak :')

Sejak kecik, aku lebih rapat dengan ayah. maklum la anak perempuan sorang. pernah ngelat time nak solat. solat dalam bilik. solat zohor tapi aku buat 2 rakaat. hahaha memang bongok. punya la confident takde orang nampak. rupa²nya abang ngah aku dah standby duk bawah katil intai aku. kantoi! haha. dia bagitau mak, mak marah aku. tapi aku tetap jugak tak ngaku. aku kata aku buat 4 rakaat la! dengar dek ayah, ayah marah abang. kesian abang kena pukul sebab aku. yes my bad. "Sorry abang ngah! aku kecik lagi masa tu. takut kena marah". hehehe.

Kenangan zaman kanak². ada suka, ada duka. tak habis kalau nak tulis. tapi semuanya mematangkan aku. sekarang semua dah besar, adik pown dah form 2. yang kedua bongsu SPM tahun ni. yang lain semua dah ada kerjaya masing². alhamdulillah, semua dah mampu tampung diri sendiri.

Kenapa aku tulis sume ni? sebab aku RINDU.

Malam ni balik kampung. o yeahhhhh.

END

12 corat-coret:

nemesis3891 August 26, 2010 at 1:17 PM  

memang sume orang mase kecik camtu eh??? hihi~

macam terasa sikit2 (macam penah buat jugak... yg mane??? biarla rahsia~)

Encik Tikus August 26, 2010 at 4:34 PM  

terasa lapar bila baca entry nie

luna_e September 7, 2010 at 12:45 AM  

salam mek tok muahahahaha

marinahunny July 11, 2011 at 4:43 PM  

jeng jeng jegn..jumpa blog siti ;)

Anonymous,  January 18, 2013 at 9:09 PM  

Good day! I just wish to offer you a huge thumbs up for your excellent
information you have got here on this post.

I will be coming back to your site for more soon.
My homepage ... facebook games

Anonymous,  June 2, 2013 at 3:17 PM  

Zamboanga Destination

Feel free to visit my blog post: tusker

Anonymous,  June 2, 2013 at 3:18 PM  

The simplest way Stylish happens to be an Italian Household leather Sofa

Here is my homepage hailstorm

Anonymous,  June 2, 2013 at 3:47 PM  

Lcd High definition - Specialised Information

Feel free to visit my page; optoma hd33 review

Anonymous,  June 2, 2013 at 3:53 PM  

May The Apple ipad tablet 2 Switch A Netbook?

my homepage - free video to mp3 converter

Anonymous,  June 2, 2013 at 5:20 PM  

Backside Projection Is perfectly for Indoor/Outdoor Occasions

my web blog: Panasonic PT-AE8000

Anonymous,  June 18, 2013 at 3:48 PM  

Television set Plasma Or. Lcd Tv set

my website ... payday

Anonymous,  June 19, 2013 at 8:11 AM  

Backyard Advertising Will work At Attaining Customers

Also visit my web-site :: casino euro

Words from Me

Saya bukan siapa-siapa. Tapi saya ingin menulis. Mungkin tentang saya, dan mungkin sesiapa saja. Mungkin sebuah diari, dan mungkin luahan rasa. Its up to me how to colour all these pages wif my corat-coret. Proceed? Up to u now..=)

The Author

Sejarah Perkenalan Kami

Sejarah Perkenalan Kami
Sila Klik Gambar =)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP